Pages

11 Maret 2012

Sejarah Kerajaan Melayu

Menurut  Sejarah Melayu (Salalatus Salatin) yang disusun dari pada naskah naskah lama pada tahun 1612 oleh Bendahara Tun Seri Lanang dari pada Empayer Kerajaan Johor, perkataan Melayu berasal daripada Sungai Melayu yang terdapat di Batang Hari River di Muara Jambi, sekarang ini merupakan wilayah Jambi di Sumatra, Indonesia. Perkataan Melayu juga di jumpai tertulis pada ‘batu bertulis’ bertarikh tahun 1286 yang di jumpai Padang Rocore, dimuara sungai. Kerajaan Melayu lama yang mempunyai kekuasaan yang besar di kenal sebagai kerajaan Sri Wijaya yang memerintah pada sekitar tahun 500 hingga 1025 yang berpusat di Palembang dan mempunyai jajahan yang luas meliputi Sumatera, Jambi, dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Kedah. Menurut kajian sejarah (archaeological) Jambi, banyak artifak artifak lama dan reka bentu lama telah dijumpai dan dirakamkan dalam bentu gambar sebagai bahan bukti.


Kerajaan Lama Singapura, Malaka & Johor

Terdapat sebuah lagi kerajaan Melayu yang muncul selepas era kerajaan Sri Wijaya yang dapat dilihat sehingga kehari ini. Ianya bermula pada sekitar tahun 1230 apabila seorang Putera Raja Palembang bernama Sang Nila Utama atau Seri Tri Buana memindahkan pusat kerajaan baginda daripada Palembang ke Bintan dan kemudiannya ke Temasik serta menukarkan namanya kepada Singapura. Setelah beberapa tahun menjalankan usaha pembangunan, kerajaan Singapura menjadi makmur dan terkenal serta mempunyai hubungan yang baik dengan lain lain kerajaan rantau ini. Salah satu perkahwinan diraja di antara kerajaan yang tersebut di dalam sejarah yaitu pada tahun 1363 apabila kerabat di raja Singapura, seorang Puteri Johor yang berugama Islam dengan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah, yang di kenali sebagai Awang Alak Betatar sebelum memeluk ugama Islam. Pada masa yang sama juga, Raja Singapura, Raja Iskandar Shah or Parameswara, juga telah berkawin dengan seorang Puteri Pasai yang beragama Islam, namun baginda tidak memeluk agama Islam.

Kerajaan Singapura diserang serta di hancurkan oleh tentera Majapahit pada tahun 1400. Raja Iskandar Shah bersama sama kerabat baginda serta para Menteri dan pengikut pengikut telah berundur ke Muar, Johore dan kemudiannya pergi ke Melaka dan menubuhkan pusat kerajaan baru dikenali sebagai Kerajaan Melaka. Setelah beberapa tahun, kerajaan Malaka menjadi makmur, kuat serta mempunyai pelabuhan pelabuhan dagang yang sibuk di rantau ini. Kekuasaan kerajaan Malaka yang mempunyai wilayah takluk yang luas termasuk keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, seperti Kedah termasuk Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johore, Singapore, Riau, pulau pulau sekitar Riau sehingga ke pesisiran pantai Sumatra.

Pada tahun 1511, Malaka telah di serang dan di takluki oleh tentera Portugis. Sultan Melaka pada ketika itu, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Johor dan kemudian ke Riau (Bintan) sebelum akhirnya pergi keKampar di Sumatera. Usaha Baginda untuk mengambil balik Melaka dengan melancarkan beberapa kali serangan dari pada Johor dan Riau telah gagal. Baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528. Putera baginda telah ditabalkan sebagai pengganti bergelar, Sultan Alauddin Riayat Shah dan kemudian menubuhkan kerajaan baru di Johor Lama (Kota Tinggi) dan di kenali sebagai Kerajaan Johor. Sementara itu seorang lagi putera Almarhum Sultan Mahmud, telah menjadi Sultan Perak yang pertama bergelar, Sultan Muzzaffar Shah.

Kerajaan Johor menjadi makmur dan di perintah oleh keturunan Sultan selama lebih 100 tahun sehingga ke tahun 1699 apabila Sultan Mahmud Shah yang disebut orang sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat diJulang’, merupakan zuriat terakhir daripada keturunan Sultan sejak kerajaan lama Singapura, Malaka dan Johor, mangkat pada usia 22 tahun tanpa meninggalkan seorang zuriat pun. Oleh yang demikian, pembesar pembesar kerajaan Johor telah menabalkan Bendahara Johor, Tun Abdul Jalil, yang memegang jawatan kedua tertinggi selepas Sultan, untuk menjadi Sultan Kerajaan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah. Kerajaan Johor masih juga menguasai hampir kesemua wilayah takluk jajahan yang luas yang dahulunya dibawah kerajaan Malaka.

0 komentar:

Posting Komentar

 
;