Kekuatan kerajaan Johor – Riau dari segi ketenteraan telah berjaya melindungi serta mematahkan beberapa serangan daripada luar terhadap wilayah takluknya. Setelah beberapa tahun, kerajaan Johore – Riau yang berpusat di Riau telah bertambah makmur dan terkenal sebagai pelabuhan dagang yang masyhur dirantau ini. Menurut adat pemerintahan kerajaan Johor – Riau, Yang Dipertuan Muda memegang kuasa dan tanggung jawab yang luas didalam bidang ketenteraan, hubungan luar negara hingga ke dalam negari, ekonomi, social serta ehwal agama. Setelah mangkatnya Yang Dipertuan Muda Daeng Merewah, Sultan Sulaiman telah menabalkan adinda almarhum yaitu, Opu Daeng Celak untuk menjadi Yang Dipertuan Muda berikutnya dengan gelaran yang sama yaitu Sultan Alauddin Shah. Yang Dipertuan Muda Daeng Celak memerintah kerajaan Johor – Riau selama tujuh belas tahun, putera baginda yang sulong, Raja Lumu telah menjadi Sultan Selangor yang pertama pada 1766 dengan gelaran Sultan Salehuddin Shah. Manakala putera kedua baginda iaitu Raja Haji, kemudiannya menjadi Yang Dipertuan Muda didalam kerajaan Johor – Riau pada tahun 1777.
Terpisahnya Singapura, Pahang, Johor Daripada Kerajaan Riau
Pada tahun 1812, Yang Dipertuan Besar kerajaan Johor – Riau, Sultan Muhmud Shah telah mangkat di Lingga, tahta kerajaan telah diserahkan kepada anakanda Almarhum Sultan yang muda, Tengku Abdul Rahman sesuai dengan wasiat Almarhum. Anakanda Almarhum yang sulong bernama Tengku Hussien (Tengku Long). Dalam pada itu, orang orang British menerusi syarikat British East India Company yang telah menguasi Pulau Pinang diutara Semenanjung Tanah Melayu dan sedang mencari lokasi baru yaitu di Singapura bagi mengembangkan pengaruhnya. Pada masa itu Riau dan daerah selatannya hingga keSumatera adalah dibawah pengaruh orang orang Belanda menerusi syarikat Dutch East India Company. Pihak British telah menemui Temenggong Abdul Rahman, yang mentadbir Singapura bagi pihak kerajaan Johor – Riau, namun tidaklah dapat ia memberikan kebenaran kepada British untuk membina pusat dagangannya. Oleh kerana pihak British tahu bahawa Sultan Riau, Sultan Abdul Rahman tidak akan memberikan kebenaran sedemikian kerana pengaruh pihak Belanda, maka membuat keputusan untuk mengangkat dan mengiktiraf Tengku Hussien sebagai Sultan Singapura dengan sokongan dan bantuan daripada Temenggong Abdul Rahman. Setelah upacara penabalan diadakan diSingaputa pada tahun 1819, Sultan Singapura yang baru, Sultan Hussien Shah bersama sama dengan Temenggong Abdul Rahman telah menandatangani surat perjanjian dengan Sir Stamford Raffles bagi membenarkan pihak British East India Company menubuhkan pusat perdagangan diSingapura.
Pada tahun 1824, Anglo-Dutch Treaty atau Treaty of London telah ditandatangani oleh kerajaan British (United Kingdom) dan kerajaan Belanda (The Netherlands) yang antara lain mengandungi pembahgian kuasa keatas wilayah Kerajaan Melayu menjadi dua bahagian. Daerah Riau-Lingga dan kawasan selatan hingga ke Sumatra, yang sekarang ini merupakan wilayah Indonesia modern, di letakkan dibawah kuasa Belanda. Manakala Singapura, Johor, Pahang dan daerah lain di Semenanjung Tanah Melayu pula di letakkan dibawah kuasa British. Selepas tarikh tersebut, wilayah takluk empayer kerajaan Johor-Riau yang sudah terbahagi dan terpisah kerana perjanjian Anglo-Dutch Treaty tersebut, kini di kenali sebagai kerajaan Riau-Lingga kingdom. Selepas lima puluh tahun kemudian Pahang yang ditadbir oleh Bendahara dan Johore oleh Temenggong dibawah kerajaan Johor-Riau telah menaiki tahta kerajaan dan memerintah negara masing masing sebagai Sultan. DiPahang, Bendahara Wan Ahmad telah ditabalkan sebagai Sultan bergelar Sultan Ahmad Muazzam Shah and di Johor, Temenggong Maharaja Abu Bakar ditabalkan sebagai Sultan bergelar Sultan Abu Bakar.
0 komentar:
Posting Komentar